May I help you?

Name:
Email Address:
Phone Number
Address
May I Help You? Lose weight
Gain weight
Improve health
Healthy breakfast
Business opportunity

Monday, 16 June 2014

Saya Sayang Rambut!

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak berkongsi sebab-sebab utama keguguran rambut. Semua orang tak nak kan rambut gugur. Semua orang sayangkan rambut.
Baiklah, mari kita tengok apa sebab gugur rambut.

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.

Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Pengalaman saya; bila rambut semakin panjang, banyak yang gugur. Kenapa?
Sebab nutrisi dari akar rambut tidak sampai ke hujung rambut. Maka dengan itu, kenalah selalu potong rambut tu. Sikit-sikit pun jadi. Lagi 1, banyak makan MSG pun menyumbang kepada keguguran rambut.

kalau gigi kena buat check up 6 bulan sekali, rambut pula kena trim setiap 3 bulan sekali.

Selalu dulu2, perap rambut dengan lendir bunga raya atau basuh dengan daun inai. memang membantu. best sgt bila perap rambut dgn lendir daun bunga raya tu, rasa sejuk2 gitu. Kedua-dua cara ni dapat kurangkan panas kepala jugak bila demam.

Semuanya dah lama tinggal. Sekarang pakai Herbalife AQUA Shampoo & Conditioner. sebelum ni saya guna HERBAL ALOE Shampoo & Conditioner. Dengan izin Allah swt, masalah rambut dan kulit kepala sebelum ni sangat2 improved! Alhamdulillah... customer pun bagi feedback positive! Bau yang sangat wangi dan menyegarkan.

Herbalife AQUA Shampoo & Conditioner
 
Kiri: Herbal Aloe Conditioner
Kanan: Herbal Aloe Shampoo
 
p/s ubah pemakanan kita. sangat-sangat membantu. saya tak nak jadi botak.
entry seterusnya, inshaAllah saya akan cerita lebih lanjut mengenai tips menjaga rambut!

Sekian.

Sekiranya anda mencari COACH untuk TURUN BERAT/ NAIK BERAT / MAINTAIN BERAT BADAN & RESHAPE serta nak dapatkan produk kesihatan dalaman dan luaran lain HERBALIFE, boleh hubungi saya.
 
Herbalife Independent Distributor
ANIS 013-9971205

Friday, 13 June 2014

Sihat Bertenaga Ramadhan Langsing Bergaya Syawal!!!

bismillahirrahmanirrahim...

pejam celik, pejam celik... hari ni dah masuk hari baru...14 Jun 2014 bersamaan 16 Syaaban, kurang lebih lagi 2 minggu Ramadhan tiba... inshaAllah Ramadhan kali ni adalah Ramadhan ke4 saya bersama NUTRISI HERBALIFE! sambil beribadah, sambil turunkan berat badan... banyak sangat nak citer since blog ni dah lama bersawang....hoho!

nanti Ummi Ammar Furqan citer lebih2 eh...diam-diam, ubi berisi. utk entry ni nak citer kempen sempena Ramadhan Syawal nanti. KURUS SEBELUM RAYA! saya target nak turunkan lemak-lemak degil ni, nak dapatkan berat ideal macam kat kiraan bawah ni...hehe...InshaAllah!

saje ambik large frame walaupun sebenarnya tersalah
cara-cara nak kira ideal body weight ni boleh refer wall fb saya, https://www.facebook.com/anissyahida.hlf#!/photo.php?fbid=10202688618190243&set=a.1443230394399.60719.1042276085&type=3&theater

atau klik sini

http://www.freedieting.com/tools/ideal_body_weight.htm
comel sangat ikon picture ni, thanks to orang yang bertanggungjawab 'merekacipta'nya.
Bagaimana? Sangat-sangat simple. nyatakan keseriusan anda, COACH sedia membantu. kami akan sediakan anda jadual pemakanan seperti di bawah dengan bimbingan nasihat dan semangat berpuasa sama-sama sambil capai berat ideal impian anda. serta tips2 dan resipi shakes everyday yang sedap-sedap. WOWWWW!
 
Jadual Berpuasa bersama Herbalife
 
Jom...Jom...Jom! Sertai kami.
JADIKAN RAMADHAN KALI INI yang TERBAIK!
Transform sebelum raya!
 
Sebelum: 2011 (belum kawen) bukan kakak atau makcik saya
Selepas: 2014 (dah kawen, dengan Ammar)
 
 
Disclaimer:  Herbalife product do not intend to diagnose or to cure any disease. | Keputusan ini adalah tidak tipikal, hasil individu adalah berbeza-beza
 
 
Hubungi PERSONAL WELLNESS COACH berdekatan dengan anda.
Saya sedia membantu!
ANIS SYAHIDA: 013-9971205
 
 

Monday, 10 December 2012

Mimpiku patah gigi : TAKUT

Bismillahirrahim. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaan yang tidak terhingga.

Alhamdulillah. Tahun 2012 sudah sampai ke penghujung. Bakal melabuhkan tirai 2012 dalam 20 hari lagi.  Soalnya; adakah semua impian sudah tercapai?  THINK BIG, DREAM BIG! Banyak impian yang telah tercapai bila kujumpa HERBALIFE. alhamdulillah.

Lama betul blog ni bersawang. hehe.. minta ampun.. ya bapak ibu! kampungku tiada kemudahan internet. ^_^ sepanjang 'ketiadaan' saya di blog ni banyak perkara yang berlaku..yang diingini semuanya. yang tidak diingini diminta jauhkan.

Bulan 10 yang lepas, HERBALIFE menghadiahkan kami FREE HONEYMOON. alhamdulillah. achieve FREE training + FREE accomodation, hanya bawak diri kami suami isteri dan kereta (sewa lagi masa ni). hehhee...aku je kata FREE. tapi nak dapat FREE tu kena keje kuat2. 3000vp dalam masa 3 bulan berturut2. (nanti nak cerita balik pasal DRT ni)


"Terima kasih, sayang", abang bisikkan kat telinga. best sgt. kerja keras selama ni, terasa diriku begitu berharga. muahaha...biarlah ini cerita lama pun. tapi ada kisah yang lebih indah ingin diceritakan di sini.

Sebelum berangkat ke Bukit Gambang Resort City, aku sempat menyinggah di Terengganu. awal bulan 10 kalau tak silap, kak long tanya; "kak lin (kakak iparku) pregnant ke?". "Tak de pula dengar khabar," aku jawab selamba je la. Dia cerita la mimpi dia. aku angguk2. Serius lupa mimpi tu pasal apa. Minta maaf ye kawan2.

Kisah tu berlalu pergi, aku pula bermimpi. Tapi tak ingat bila masa. Sangat menakutkan, 1 gigi bahagian depan bawah tak de, tertanggal mcm tu je. huu. "alamak, hodohnya rupa".

Pastu panjang lagi ceritanya (akan diceritakan kemudian..hehe). Lepas tu pergi Gambang lagi, tapi kali ini dgn WXM7842 untuk Herbalife Zero2Hero Edisi Ke9 (17-18 Nov 2012). Sepatutnya, dijangka dapat kete ni Raya Haji, tapi dapat awal bulan 11. alhamdulillah.

Herbalife Independent Distributor's Car - our 1st car


Seminggu lepas tu majlis aku, 25.11.12. Hohoo, org lain gelabah semuanya. bila nak balik. bila nak buat ni. bila nak itu ini. mak aihhh serabut sgt! seminggu balik zero2hero, keje pagi-ptg-malam. malam free, buat hantaran. Tetiba hari 24.11 tu, datang period. Okey, saya cuti. tinggal la solat sehari. 25.11 majlis. ptg tgk, tak de. malam pun tak de. ehh, mcm chipsmore pulak. apahal pula ni kan. Takde lagi, saya pun solatlah.

Pastu terus dgn majlis belah umah abang pulak; 1.12.12. hoho, bajet nak 12.12.12. tak menyempat. bagi kat org lain lah. hari ke2 bulan 12 tu, kitorang kemas2 rumah pastu ziarah umah saudara mara abang. Sambil hantar barang2 yang dipinjam untuk kenduri. Makan buah rambutan, duku di rumah saudara abang Padang Enggang, pastu makan nasi tengahari.  Pastu, ke Kubang Kachang, makan rambutan, kepok lekor! Ya allah, nikmatnya jumpa kepok lekor. Baliknya, perut macam masuk angin. Paksa abg beli Minyak Mustika. Tapi abg suruh aku turun, apalagi, muncung la.

"tak faham2, org tgh sakit pun nak suruh orang", momok sendiri.  Balik rumah, minta abg letak minyak angin, urut sket (Jangan tiru aksi ini bagi yang belum halal..hehee). Lega. Tapi bau gulai daging yang bersisa tu sgt menjolok2 tekakku. huhu. 123 - uwekkk, keluar semua kepok lekor.

Pastu 4hb 12, hari ni nak naik KL. saje gedik nak ikut abg. huhuhu. pagi tu minum shake sket, terliur sgt dgn nasi berlauk, share dgn ma separuh. pastu makan bbrapa keping pisang goreng ma buat pagi tu. Sedap, pisang RAJA digoreng. Siap2 nak mengemas barang, nak tinggalkan produk minta ayah hantarkan. pastu, berlari ke toilet. Vomit lagi. )=

Settle semua, kitorang gerak ke Terengganu dulu sebelum berangkat ke KL. Ya rabbi, abang pulak makan durian drpd rumah, sendawa2 melepas bagai. huu...mengamuk aku! "abang! buka tingkap!" pleaseeeee...sampai KL okey je. tak de masalah pun lagi.

Esoknya; kebetulan ikut abe di ambik kak lin balik keje. pastu kebetulan diorang singgah pharmacy, kuat betul naluri masa tu. Aku pun belilah Pregnancy Test Kit. Bismillah> Check- double line! positive. macam kerang busuk sengih kat abg. Masa tu dia baru balik keje, tgh rehat2. Pamit la dia minta masuk bilik jap. Pastu tunjuk! Tadaa...


Alhamdulillah. alhamdulillah. Malam tu tak sabar2 dah. Kami ke klinik nak buat confirmation. Mula2, pergi register dulu. Jumpa Dr, Dr suruh pergi buat urine test jugak lepas tanya bila last datang period. sama je dgn yg aku guna tadi. muahahaahha. WHAT A WASTE! Sudah merembeskan urine, aku pun duduk2 kat luar dgn abg tunggu nama dipanggil. "Anis Syahida", okey masuk. Abang mengekor di belakang. Tak duduk lagi, Dr kata "Tahniah, positif". alhamdulillah. Masa tu Dr pegang pregnancy prediction scale (entah apa namanya-pakai letak je kat sini), "kalau ikutkan, usia kandungan dah 5 minggu ikut tarikh menstrual awak ni", aku menghitung Macau ke Hongkong, DRT atau ZerotoHero. kekeke...boleh tak? "Anak pertama ke ni?" abang angguk sama dgn aku, "Tahniahla" kata Dr lagi.

Perkembangan Janin

Semua sttle teruskan misi cari roti tisu kempunan drpd kelantan lagi. Tanya Acap (Nor Asyraff) tak penah dengar pulak Roti Tisu ni. Makan je la roti canai sempoi sambil sit down ngan dia malam tu. Layan je. Pusing2, 2-3 kedai takde, ada 1 kedai tu kami dah duduk pun tapi dia geleng. FRUST! Pastu pusing lagi, SUBAIDAH penyelamat aku! Terus order 2 roti tisu. Puas hati!

Roti Tisu Idaman
^_^ Terbentuk 1 nyawa di dalam rahim ni, tersangatlah lapar! weehuuu....alhamdulillah ada shake herbalife ni sgt membantu! Nanti nak buat entry lain pulak. babaii...baby DRT on progress! =)) Effect kena ambik semangat Quennie Leung ni.  Mimpi tu petandanya; nak dapat baby. Rupanya saya. 2 org bermimpi- kakak dan saya sendiri. Ma pun ada cerita tersendiri (panjang lagiiii)

We are going to the next LIFE's CHANGING EVENT- SPECTACULAR 2013. Guest Speaker: orang yang sudah makan produk HERBALIFE lebih drpd 30 tahun! 15,000 orang akan berkumpul di sana nanti. excited sgt! Kami nak QUALIFY VIP bulan ni, Doakan Anis Fikri qualified as VIP Spectacular demi keselamatan baby ni>taknak berasak2 dgn ramai org. 10,000vp!

MY 2nd SPECTACULAR & 1st SPECTACULAR for my husband
 BOOK YOUR SPECTACULAR TICKETS NOW! RM210 (Group Ticket)
 anis: 0139971205

Tuesday, 11 September 2012

Ready to Go

assalamualaikum semua...bismillahirrahmanirrahim...

sambil menunggu kepulangan suami tercinta, nak siap2 pergi TRAINING + HONEYMOON ni sempat juga meng'update' blog ni...hehehe...ya Allah, nervousnya...tak tahu kenapa...adoii...kecut perut pula...
excitednya nak pergi Hong Kong & Macau. Paling penting dapat menimba ilmu di negeri China...hehehe
alhamdulillah. dulu pergi training sorang, kerna nak pergi Macau aku kena kahwin...ayyo amma appa...hehhee...Ya Allah, dah bersawang blog ni. tak sabar2 nak balik daripada sana nak update BLOG ni...

HONEYMOON! Yess...we will go to Hong Kong Disneyland.

Antara tentatifnya:
12 September 2012: Departure from KUL - HK 07.10am dan dijangka tiba pada 11.05 am di Hong Kong.
13 September 2012: Disneyland & naik ferry ke Macau

Mickey & Minnie welcoming all the herbalifers from APAC; 13 countries
Hong Kong Disneyland




Ferry from Hong Kong to Macau

Kemudian, akan masuk HALL, belajar2 utk jadi a GREAT LEADER from GREAT LEADERS. alhamdulillah...dapat juga jejak ke HERBALIFE UNIVERSITY. 

4 bulan berusaha untuk QUALIFY. Leaders semua cakap; never miss EVENT. Never miss any single event apatah lagi yang EVENT Gedabak macam ni. Fight fight je dapat juga. Macam mana? tindakan pertama adalah melayakkan diri sebagai SUPERVISOR. dah jadi supervisor in Herbalife dapat enjoy 50% discount + dapat passive income. Rezekinya alhamdulillah luarr biasa...Saya letak TARGET dengan purchase tiket dulu, walaupun masa tu tak tahu lagi apa yang berlaku. tapi bila kita dah letak matlamat kita, kita mesti cuba sedaya upaya mencapainya. ^_^. lepas tu kena nikah! tercengang. semua berubah. Pakej ubah. Hidup berubah. Status berubah. Herbalife changing's people's life...hehehe

Peta Kecik: Pening nak tengok.
Teruja tengok...


Teruja memang dah teruja, tapi semua orang tanya kenapa ke MACAU? hehhe...berjudi ke? Kitorang semua pergi training. HERBALIFE UNIVERSITY ni..=)

Schedule for Herbalife University 2012

Nutricity Family during EXTRAVAGANZA SINGAPORE; May 2012
Sebahagian daripada KAMI yang telah mengubah kehidupan mereka daripada biasa kepada luar biasa! Next Extravaganza 2013 event will be in Bangkok. InsyaAllah. Herbalife University 2013 di Jakarta.
Event2 2013 lagi luar biasaaa! so, START YOUR JOURNEY noww...


Wanna join us;

LOSE WEIGHT or GAIN WEIGHT, EARN EXTRA INCOME, PERSONAL DEVELOPMENT, LIFE CHANGING PROGRAM?
013-9971205 (anis)



Tuesday, 31 July 2012

Cara Mendaftar Sebagai Ahli Melalui Sponsor


Bismillah...

Assalamualaikum...



entry yang ni re-post, before dah ada entry Cara Mendaftar Sebagai Pengedar Herbalife (http://afisyalife.blogspot.com/2012/06/assalamualaikum.html)

Semoga entry ini dapat memudahkan sahabat2 sekalian.

Anda boleh mendaftar sebagai ahli melalui saya ataupun laman web dibawah, kelebihan menjadi ahli ialah anda akan dapat enjoy harga yang lebih murah iaitu setinggi 25%-50% dan sekaligus anda telah layak sebagai pengedar Herbalife dan boleh start making money.


1) Daftar offline : Temujanji dengan Coach
Cara ini paling saya cadangkan dimana dengan mendaftar dengan Coach, anda akan diberikan khidmat nasihat secara percuma kenapa perlu mendaftar diri sebagai pengedar. Jika anggapan anda hanya daftar diri untuk ‘makan murah’ anda ternyata silap! Banyak faedah yang yang anda belum ketahui dan bertemu janji dengan Coach, anda akan dapat info yang tak pernah anda ketahui. Untuk temujanji dengan coach, sila contact saya bila-bila masa dengan cara dibawah ini
  • Telephone/Text : 013-9971205
  • Email : anissyahida1212@gmail.com
Apabila tempat, tarikh dan masa telah dipersetujui maka kita akan berjumpa untuk mengubah hidup anda dengan Herbalife!
 2)Daftar online : Pantas dan Mudah
Kurang daripada 10 minit, langkah ini boleh digunakan. Sebelum untuk bermula, pastikan anda mempunyai detail dibawah ini
  • Detail mengenai sponsor anda
  • Salinan ic belakang depan (boleh tangkap gambar dan save sebagai .jpg) atau discan..mana2 cara  yang memudahkan anda.
Setelah menyediakan semua diatas, maka anda sudah bersedia untuk menjadi ahli Herbalife International! Ikuti 4 langkah mudah ini
Bahasa Melayu

atau

English
  • Isi bahagian yang perlu disi

·         Country of residence : pilih Malaysia – Malay / English / Chinese – ikut kesesuaian
·         Sponsor’s Herbalife ID Number : MY302954
·         First 3 Letters of Sponsor’s Last Name :CHE
·         Purchased an International Business Pack : Pilih YES
Masukkan no ID anda (MY******) & online code (6 aksara) yang terdapat pada borang di dalam IBP.

·         Klik Next
  • Isi borang yang disediakan. Paling bawah ada disuruh upload IC anda, pastikan belakang depan diuploaddengan betul. KLik next

Kalau anda sudah bersuami, beristeri; pastikan letak nama Spouse's tu...pasangan hidup. >_<
kalau tak, susah pula proses kemudiannya nak kena refer kat HQ.
  • Check detail yang telah ditulis dan untuk ubah klik edit. Jika tiada apa untuk diubah, baca rule and regulation (kalau larat) dan tandakan agree dan seterusnya klik next
TAHNIAH, ANDA SUDAH BERJAYA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI PENGEDAR HERBALIFE ANTARABANGSA!!
Email mengenai id dan password akan dihantar kepada email yang telah diregister tadi. Ikuti arahan seterusnya di email dan anda kini layak untuk ‘shopping online’ dengan Herbalife. 


Selepas telah mendaftar, anda telah layak untuk mendapat keuntungan 25% - 50% dan boleh la membuat belian dalam talian (secara online).


HUBUNGI SAYA UNTUK DAPATKAN HERBALIFE. ;)
***Jika anda memerlukan sponsor a.k.a. coach untuk turun/ naik/ kekal berat badan untuk kesihatan, boleh hubungi saya. Saya sedia membantu anda.

Anis Syahida
013-9971205

Monday, 30 July 2012

Hati seorang ibu

Thursday, 19 July 2012

Lafaz Sakinah; Ku Untukmu







Bismillahirrahmanirahim...Assalamualaikum semua...
Semoga semua diberkatiNya walau dimana jua anda berada.

Alhamdulillah, selesai juga akhirnya majlis nikah anis pada 14 Julai 2012 bersamaan 24 Syaaban 1433H.
mimpi yang kesampaian, rasa macam baru semalam berada di dalam Masjid Kg Bukit Durian dikelilingi sanak saudara jam 10.30 pagi. Dah 6 hari bergelar isteri orang >_<.

Sebelumnya, diasak-asak; mak andam tengah siapkan kita. pastu ma, cepatlah siap. Pastu datang ayah; cepat la siap, tok imam tunggu nun...nanti lewat gak, nikah malam karang la jawabnya. Kebetulan, tok imam ada meeting pulak kat Kota Bharu (kalau tak silap).  Kawan ada tanya sehari sebelum, sejam sebelum nikah, "Anis tak berdebar ke?," entahlah..tak adalah rasa berdebar sangat. Fuhh...bila diasak-asak suruh bersiap cepat, terutama sekali bila mak andam tengah mekap tu, jam 10 tu dah berdegup kencang si jantung hati. Ya Allah, tenangkan hatiku. Gemuruh jiwa. Gelabah terus.

Bermula episod Pembinaan Masjid;

"Anis Syahida, ayah nikahkanmu dengan Mohd Fikri Abdul Aziz dengan mas kawen sebanyak RM****.00"
syahdu kedengaran. Ya Allah, sesungguhNya tanggungan ayah ke atas diriku sudah berpindah kepada suamiku yang sah.

Keizinan & restu

mula-mula tu, cool lagi...sabar duhai hati...sabar...pastu, sok sek sok sek...tahan, tahan...berair dah hidung, mata pun mula memedih...
Oh, begini rupanya mereka nangis bila ijab kabul. Now, saya faham.apa yang diorang rasa. sebaknya...selama ni, mak ayah kita jaga kita, sekarang kena serahkan kat orang lain dah.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah bergelar isteri kepada abang. Syahdu mendengar bait-bait lafaz sakinah;

"Aku terima nikahnya dengan mas kawen yang tersebut."

Kedengaran dari sebalik tabir, sah? sah..sah...haa...dah memang sah. Selesai! Diiringi dengan bacaan doa.

Tunggu je, pastu orang panggil ke sebelah..malu-malu...pakai niqab, cover sikit. Tak delah rasa tebal sangat muka. heee...malu apa tak tahu la. Segan kat saudara mara baru. kalau saya malu, abang terlebih-lebih la malu nya sebab dia sejak azali lagi seorang yang pemalu. Sweet betul kalau dia tersengih malu. Comel je. Puji suami ni, ok kan? hehe.

Pembatalan air sembahyang - sarung cincin
Mengimbau masa 3-4 minggu lepas.

19 Jun 2012 - kami berdua ke Giant Batu Caves untuk menempah jahit baju saya dengan tailor, buat appointment kat situ. Kain dibeli drpd Bandung, kebetulan tengah cuti lagi. Jadi, antar terus kat tailor untuk jahit baju ni dengan design saya nak dengan harapan nak pakai masa majlis akad nikah yang dirancang pada awalnya pada Hari Raya ke2 atau ke3. Terkejar-kejar jugak sebab malamnya naik bas ke Tanah Merah. 

20 Jun 2012 - Ayah "Kalau nak pergi Macau, kena nikah cepatlah, takdan doh dgn raya"- haa? terlopong jap

22 Jun 2012 - hari penetapan tarikh akad nikah, masa tu saya pergi ke talk DAO. Ma ayah ke Taman Desa Kemumin selepas hantar saya ke KTC.

23 Jun 2012 - STS Kelate

29 Jun 2012 - MEGA HOM Kelate

30 Jun 2012 - buka booth di Mini RTC Gual Ipoh

7-8 Julai 2012 - Zero to Hero di Bukit Gambang Resort City

9-11 Julai 2012 - Menghadiri UMTAS di Ri-Yaz Heritage, hati gundah gulana sebab banyak perkara belum settle lagi.




Gelabah giler sebab banyak lagi tak disiapkan & macam masalah yang datang. Alhamdulillah, everything went smoothly.

11 Julai 2012 - Ambil baju abang, kebetulan baju saya pun baru sampai ke destinasinya. Baju saya singkat bawah & tangan kecik! waaa...menangis. sampaikan abang call, saya termarah2 kat dia.
Dugaan pertama. Dugaan ke2, Motor dia rosak pulak. Dugaan ke3; Duit kena telan lagi.


12 Julai 2012 - Menyiapkan part baju yang kena alter. kena tambah kain, kena settle hal bank. kelam kabut cari kain ganti, serius! saya cari di 3 kedai. last2 dapat di Salem Aziz Textiles. Terima kasih SAT. Pastu, tunggu tukang jahit settlekan sampai jam 7. Balik dah gerak kul 7 malam> ke Kelate dari Terengganu. Kemudian, sampai di rumah Kg Tabeh jam 1.30 pagi., cuci2 muka dgn Herbalife outer nutrition, pastu terus ke menumbuk inai...dum dum dum di pagi hari. haha. pastu, kul 2 lebih pakai sendiri2. tiba2 ma terpacul, ^_^. Ma pakaikan. heee...ada jugak pengalaman indah menjelang hari pernikahan. Ma kata; kesian kat anak aku pakai inai tengah malam buta sorang2. sebak...

13 Julai 2012 - Siapkan mana yang tak settle lagi. Belum siap lagi. wuu...Saya terpaksa tinggalkan dekat sepupu sebab nak beli barang rempah ratus dll di pasar dgn mak. Hari ni jugak dapat SMS penyata Temuduga SPA pada 15 Ogos 2012. Jam 2 balik dripada Tanah merah, kepenatan. tapi baju tak siap lagi, terpaksa la..terus--terus2...siap jugak, tergesa2 nak basuh before pakai. basuh tangan, guna delicate spin...fuhh...tawakal...nasib baik tak jahanam baju saya...waaa....serius takut. sempat la kering.

***************


Koleksi Gambar Hari Bahagia; 14 Julai 2012;

Sepupu betulkan button =)
 
Pinjam baby junior abang Edi; sepupu abang (kecik dunia, kelate kito)
We <3 Herbalife
Faris dan bakal surinya & Syafasyafiqah.
 
Bersama dengan Mek
Anak sedara saya ; Syafasyahidah Nazmi sangat manja dengan saya. selesai majlis akad nikah sampai pak de dia balik baru boleh ambik gambar. huhuhu....dia sedey de dia dah diambil orang. -___-

Baru boleh posing selepas orang beredar; dia sedih de dia kahwin dah
Tengok gambar bawah ni macam bagi talk kan? hehehe...hari nikah, promote herbalife. 

InsyaAllah, bulan ni jugak my 3rd cut to World Team. Harap terus lompat, qualify VIP Macau! doakan! ameen....Dream Team Retreat juga, Parasol & Tea tower. bestnya herbalife nak bagi untuk FQS. Untung dah FQS; fully qualified supervisor. Siapa belum cepat2 oke?

Bagi talk Herbalife ni..heee...ada lah cerita2
True story; di pagai hari pernikahan ada customer datang bayar teamix, customer ayah la...heeee....pastu tengah2 photo session, lari jap ambil barang customer yang datang masa kami nikah. hehehe...dia beli 3 face quencher.. best sgt2 face quencher tu.  Pocket money is everywhere in Herbalife, anytime!




Group photo paling best dgn adik2 junior UMT -foodies.
Cute picture of the day.

~Selamat Berpuasa~
Sihat di bulan Ramadan, Langsing Bergaya di Hari Raya.
Tanya saya bagaimana; 0139971205 (anis)